Tuesday, April 21, 2015

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

PENGENALAN

Kem Membaca 1Malaysia 2015 merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.
KM1M Tahun 2015 akan dilaksanakan bermula dari 21 hingga 23 April  2015.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat : 
2.1.    Menggerakkan program galakkan membaca.
2.2.    Memupuk minat membaca secara    berterusan. 
(khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat)
2.3.    Mencungkil bakat melukis dan mewarna      kulit buku.
2.4.    Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan           kemahiran maklumat dalam kalangan murid.