Tuesday, April 21, 2015

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

PENGENALAN

Kem Membaca 1Malaysia 2015 merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.
KM1M Tahun 2015 akan dilaksanakan bermula dari 21 hingga 23 April  2015.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat : 
2.1.    Menggerakkan program galakkan membaca.
2.2.    Memupuk minat membaca secara    berterusan. 
(khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat)
2.3.    Mencungkil bakat melukis dan mewarna      kulit buku.
2.4.    Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan           kemahiran maklumat dalam kalangan murid.















Wednesday, February 25, 2015

Pelancaran Program NILAM 2015 SK Rantau Panjang

PELANCARAN NILAM DAN MINGGU BAHASA MELAYU SKRP 2015







 Majlis dirasmi oleh Tuan Haji Hanafiah bin Othman. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Tambi Chik Karim.

 Gimik pelancaran ...





 Persembahan murid ...

Pembaca Terbanyak Bulanan bagi bulan Januari . Adik Dorrismira a/p Micheal Das dengan jumlah bacaan sebanyak 13 buah buku.
 Pemberian lencana untuk pembaca yang dah mencapai tahap Gangsa, Perak dan Emas. Pembaca gangsa di SKRP adalah sebanyak 5 orang, Perak 1 orang murid, dan Emas adalah seramai 2 orang murid.
 Pemberian plak , buku NILAM , kad perpustakaan , brosur Jom Ke Perpustakaan dan surat khabar kepada setiap kelas.







 dan akhir sekali , nyanyian lagu Nilam yang disertai oleh murid , staf sokongan dan guru SKRP.

Tuesday, January 20, 2015

Assalamualaikum .

Kami warga Perpustakaan SKRP ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Datang ke sekolah sesi persekolahan 2015 . Tidak lupa juga perlantikan baharu kepada Puan Zubaidah Binti Haron sebagai Penyelaras Perpustakaan bagi menggantikan Ustaz Nazri bin Omar mantan Penyelaras . Dan kepada Pustakawan yang akan dilantik , semoga anda semua menjadi contoh kepada warga Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang .


                            
Puan Zubaidah Binti Haron

Tuesday, August 5, 2014